Saturday, August 1, 2015

Jiwa Kosong

Salam semua. Saya harap semua sihat sejahtera. Kalau saya x open blog ni dan x tengok daisy path kat tepi blog ni, saya xsedar pun saya dah pun 6 tahun 1 bulan  kahwin. Rasa macam baru je kahwin. Maybe sebab hidup masih berdua. Selama 6 tahun ttc ini macam2 perasaan ada. Hari ni saya berjauhan dengan dia sebab saya outstation ke luar negara. Hari ni dah masuk hari ke-9 saya berjauhan dengan si dia. Ada hikmah saya berjauhan dengan dia kali ni. Lately, kami kerap berselisih faham tentang benda2 yang kecik. Yang pastinya hal tu mesti berpunca dari saya yang terlalu sensitif, terlalu stress, terlalu fikirkan negatif, kuat merajuk dan mudah marah. Rasa macam jahat sangat saya ni dan terlalu ikutkan perasaan. Rasa banyak sangat dosa dengan si dia. Mujur sebelum berangkat haritu, saya sempat mintak maaf dari dia. Rasa tenang sikit lepas mintak maaf dia.

Sepanjang saya disini, saya sangat rindu dia. Betul lah org cakap,bila berjauhan baru terasa appreciate sangat moment2 bersama-sama. Bila saya teringat si dia kat sini, saya jadi sebak sebab saya terfikir akan perihal hidup kami yang masih berdua. Kadang2 saya buntu mengenai perihal ttc ini, xtau nak usaha macam mana, xtau macama mana nak mulakan balik journey ttc ini..semuanya jadi macam serba serbi xkena. Nak discuss dengan dia pasal ni dia xbyk pun respon..respon biasa dia hanya "InsyaAllah, ada rezeki kita nanti". Bukan saya xboleh terima respon dia or takdir ni. Cuma kadang2 saya teringin sangat meluahkan perasaan saya pasal ttc ini kepada seseorang dan orang tu boleh beri kata semangat kat saya untuk teruskan perjuangan ini. Bukan si dia x berikan kata semangat, tapi biasa lah lelaki fikirannya lebih mudah dari perempuan yang lebih kompleks. Saya nakkan kata2 semangat yang lebih lagi. Dalam erti kata lain saya amat perlukan sahabat..of course perempuan..sebab pada saya hanya golongan sekaum sahaja faham diri mereka yang kompleks ni.

Tapi, saya tau saya tiada sahabat begitu memandangkan saya telah menjauhkan diri dari sahabat2 saya. Sebabnye saya pasti golongan ttc tentu faham kenapa sebabnya saya rasa rendah diri sangat sebab saya saje yang masih hidup berdua. Rata2 sahabat saya sentiasa update satu sama lain perihal anak2. Kakak2 di ofis saya pula saya susah nak percaya sebab mereka berpotensi untuk menjaja cerita pasal kita (yang ni saya ada experience n serik sangat nk cerita pada diorang). Setelah saya berfikir panjang, saya rasa jalan terbaik adalah dengan meluahkan di blog ini. Rata2 sahabat ttc di luar sana juga berpendapat meluahkan hati di blog sebagai satu terapi untuk teruskan perjuangan ttc ini. InsyaAllah, lepas ini akan lebih kerap saya menulis.

Sekian, untuk hari ini, jumpa lagi. =)

Friday, June 20, 2014

Kacip Fatimah Living Active

Salam semua..Alhamdulillah ada sedikit ruang masa untuk update blog ni. Mengenai perjalanan TTC saya, tidak banyak yang boleh saya kongsikan kali ni. Cuma, sekarang saya ingin berkongsi mengenai khasiat kacip fatimah yang kebetulan saya dengar waktu dengar ceramah Ustazah Norhafizah Musa di youtube. Selama saya berTTC, saya selalu dengar pasal produk2 yang ada kacip fatimah ni, tapi hati saya langsung x terbuka nk cuba. Tapi, selepas saya dengar ceramah ustazah norhafizah musa ni saya jadi tertarik dan terus buat sedikit research di internet pasal produk kacip fatimah keluaran Living Active ni. Ceramah ni sangat bagus..cubalah dengar..ni saya ada linkkan video youube tersebut.




Untuk pengetahuan semua,  produk ni berasaskan ekstrak(pati) 100% kacip fatimah bukan seperti kebanyakan keluaran produk lain yang menggunakan serbuk batang kayu. Ia adalah keluaran UTM yang dijamin bersih, terjamin dan halal sebab UTM ada makmal sendiri dan dikaji oleh penyelidik UTM yang dipantau oleh Institut Pembangunan Bioproduk UTM. Saya ada terbaca kat  blog kt SINI ada yang telah berjaya pregnant setelah lama x period since ada pcos. Berikut saya copy and paste khasiat ekstrak kacip fatimah ni dari blog tersebut:


1.Mengatur semula kitaran haid bagi wanita yang sudah lama tidak datang haid atau kitaran haid yang tidak teratur.
2.Mengurangkan keputihan atau lendiran dari faraj yang melampau
3.Merawat kecederaan dan mengecutkan Rahim/faraj selepas bersalin atau keguguran
4.Menambah kecergasan dan tenaga selepas bersalin
5.Menambah tenaga dan syahwat semasa hubungan intim bersama suami
6.Melancarkan proses kelahiran bayi (diambil pada minggu kehamilan ke-38)
7.Melangsingkan badan dan menegangkan otot-otot
8.Merangsang pengeluaran hormone untuk melancarkan perjalanan darah dan kitaran haid sekaligus mengurangkan sakit senggugut
9.Mengatasi masalah kemurungan (meroyan) selepas bersalin
10.Mengurangkan risiko ‘turun rahim’ atau prolapse
11.Mengurangkan masalah menopause seperti rasa panas, kekeringan, dan mood yang tidak menentu





Now, sekarang dah masuk hari ke-4 saya cuba. Masih baru lagi dan belum boleh update sebarang perubahan. InsyaAllah,.saya kan updatekan sekiranya ada sebarang perubahan positif ye. Jumpa lagi..Salam semua..

Thursday, December 12, 2013

Further Study and TTC

Hampir 3 bulan saya berada di bumi UK ni. Syukur segala2nya berjalan lancar. Walaupun study kadang2 left behind..tapi ada rakan2 sekuliah yang boleh membantu. Mulanya memang susah  jadi the only malay student yang pakai tudung dalam kuliah. Ingatkan takde org yang nak berkawan tapi rupa2nya mereka sangat open dan helpful. Rata2nya memang saya antara pelajar yang paling tua dalam kelas dan sudah berkahwin.

Sepanjang berada disini, perjalanan ttc saya kurang tertekan maybe sebab rakan2 saya masih muda dan belum berkahwin. Tapi…ada juga yang bertanya terutamanya bila saya berjumpa dengan rakan2 melayu yang dah berkeluarga. Seboleh2nya saya cuba mengelak perjumpaan keluarga2 melayu di sini. Bukan ape..saya masih lagi cuba membina kekuatan diri. Tak perlulah saya bagi tau kenapa..hanya golongan ttc dan pernah ttc saje yang boleh memahami.

Selain kerana ingin menuntut ilmu dan ingin melihat bumi Allah, ttc juga antara sebab mengapa saya further study bukan di Malaysia. Bukan Malaysia tidak bagus..jangan salah anggap..Cuma saya ingin mendapat pengalaman sahaja. Semestinya pengalaman study di Malaysia dan di luar tidak sama. Begitu banyak perkara yang saya ingin buat sepanjang berada di sini. TTC adalah salah satunya. Di sini, saya lebih rileks dan tidak terlalu tertekan dengan perihal ttc. InsyaAllah, saya kan gunakan kesempatan di sini untuk treat my body naturally. Tidak lagi ada treatment2 di klinik/hospital. Saya akan cuba mengamalkan healthy life style disini. InsyaAllah..saya akan update lagi perjalanan saya di sini.Sekarang di sini musim luruh..semakin sejuk..Saya kongsikan sedikit gambar untuk tatapan pengunjung blog ni...




Wednesday, May 8, 2013

Testimoni MAQ

Salam semua..harap semua sihat sentiasa. Untuk pengetahuan semua, saya tengah amalkan MAQ100 sejak Mac lalu. Tergerak nak makan produk ni bila tengok blog Jay kat sini . Jay ada mention yang MAQ100 ni sangat bagus utk TTCian dan oleh kerana intipati dan rasa lebih kurang sama dengan Monavie, so saya rasa better saya try. Lagipun harganya murah dan ada sedikit tambahan kandungan iaitu ada BAE (tenaga matahari). Korang leh baca kat bawah ni, saya ambil dari blog Jay. Thanks alot Jay..



So far, saya dah makan 5 botol kongsi dengan HB. For myself, saya rasa antibodi bertambah coz sejak makan selesema, batuk or demam tak ada langsung kena.Alhamdulillah..my HB pun sama coz case dia lagi mudah terdedah sebab memang pergi keje naik motor. Selalunya, kalau redah hujan, dia confirm kena selesema and batuk punye. Now, tengok dia cam steady je siap saje2 redah hujan sebab nak balik cepat punye pasal. Anyway, as TTcian, after sebulan minum, bulan 4 terus period walhal bulan 3 tanda2 period langsung  takde..now sekarang tengah tunggu period bulan 5..kalo ok je every month period datang..saya syukur sangat..permulaan yang baik untuk TTC..Apapun kita tunggu..any update..saya akan bagitau k..Salam semua..

Kenduri oh kenduri

Biasalah kalau namanya kenduri mesti kita kena jumpa semua saudara mara lah kan. Bagi golongan TTC ni, benda ni lah part yang paling susah sekali especially saudara mara yang dah lama x jumpa mesti akan tanya perkembangan kita kan. Saya bersyukur sangat sebab kenduri kali ni xde pertanyaan2 yang menusuk kalbuku. Yang ada cuma saya terperangkap dalam borak2 makcik2 dan sepupu pasal bilangan anak lah, dah tutup kilang lah and bla..bla..bla..And, macam biasa saya just senyap dan anggap diri ni invisible..Sebagai menantu sulung, sangatlah berat rasanya nak lalui kenduri adik ipar saya ni. Saya x kisah kalau saya sendiri yang kena hadapi soalan2 cepu emas dari saudara mara tapi kalau mak n ayah mertua saya pulak yang kena jawab soalan2 tu, saya terasa sangat kesian dan sedih sangat. Bila orang tanya mak mertua saya " Berapa org cucu?"..Mak mertua saya terpaksa cover2 suara untuk jawab soalan tu supaya saya x dengar..Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada mereka untuk hadapi dugaan ni.Kalau boleh memang saya xnk libatkan mereka, tapi apakan daya saya.Saya sangatlah yakin TTCian di luar sana juga pernah mengalami situasi ni. Harap TTCian di luar sana dapat berkongsi mcmana kita nak kuatkan balik semangat after kita hadapi situasi mcm ni. Semangat saya sekarang sangatlah lemah sampai saya dah buntu apa yang perlu buat utk TTC. Anyway, thanks alot for those yang sudi baca post saya ni. Sekadar meluahkan hati dan perasaan yang terbuku. Jumpa lagi..

Monday, April 29, 2013

I'm back..



Dah lama betul rasanya tinggalkan blog ni..bukan lupa tapi setakat ni usaha saya untuk TTC boleh dikatakan hangat2 tahi ayam je. Bila semangat datang, dok heboh nak diet bagai tapi bila down semua benda makanan ditelan. Hanya beberapa bulan je lagi genap 4 tahun saya kahwin. Korang boleh tengok kt sticker saya belah kanan ni.

Sebenarnya ada 3 tujuan utama saya ambil keputusan untuk buat blog TTC ni:
1) Pemangkin semangat saya untuk TTC
2) Supaya dapat mendapat info/tips/pengalaman dari org2 yang TTC or pernah TTC
3) Berkongsi dengan rakan2 TTC yang lain mengenai usaha saya dalam TTC

Sepertimana saya juga mendapat banyak maklumat yang sangat BERGUNA..dari blog2 TTC yang lain. Yelah.. seperti sedia maklum hal2 berkaitan TTC ni jarang sekali orang nak berkongsi sebab selalunya perkara ini sangat sensitif seperti saya sendiri yang sangat sensitif kalau orang tanya.;)

So, pada sesiapa yang sudi baca blog saya ini, terima kasih banyak2..luv u all..

Sunday, September 30, 2012

CD1

Hari ni Day 1 period..tidaklah terlalu heavy.Pelik jugak selalunya Day 1 period sgtlah heavy. Anyway, sekarang dah leh teruskan treatment untuk conceive. Day 3 nanti saya akan ada appointment dengan dr. Doakan saya moga moga saya boleh conceive bulan ni..:)