Sunday, September 2, 2012

Diane pulak..

Sabtu lepas merupakan Day 5 saya. Kali ni period turun sendiri tanpa sebarang ubat. Alhamdulillah.. Selepas 3 bulan lebih after operation tu, ada jugak perubahan positif. Actually, saya sgt down bila period ni. Sebabnya cycle lepas saya dapat 2 kantung telur yang mempunyai saiz cantik. Masing-masing di ovari kanan dan kiri. Saya dan HB memang sangat teruja coz cycle nilah adalah yang terbaik pernah saya dapat sejak kahwin. Namun saya redha, bulan ni bukan rezeki saya. Saya dan HB sepakat untuk jumpa gynae hari Day 5 saya. Sekali lagi saya redha, bila gynae maklumkan saya saya kena makan pil perancang untuk bulan ni memandangkan kantung telur yang pecah terkena saluran darah. So, gynae saya suruh makan pil Diane bulan ni sebelum proceed dengan rawatan untuk conceive. Kata gynae saya, pil ini bukan sekadar pil perancang tapi elok untuk stabilkan hormon supaya senang conceive nanti.

Ni ada sedikit info mengenai pil Diane ni yang saya ambil dari blog ini http://my-khai.blogspot.com/2011/07/untuk-para-wanita.html



  • boleh menurunkan paras hormon androhen kerana ianya bersifat antiandrogenik.
  • boleh membantu normalkan kitaran haid kerana ia menggantikan hormon progestin yang kekurangan dalam badan. Hormon progestin perlu untuk melengkapkan pusingan haid walaupun tanpa pengeluaran telur.
  • mengurangkan risiko hyperplasia dan kanser endromenium rahim wanita yang ada PCOS.
  • boleh membantu mengurangkan jerawat, melicinkan kulit, menghaluskan kulit.
  • Tak sesuai diambil oleh orang yang ada darah tinggi. 

No comments:

Post a Comment