Friday, August 31, 2012

PCOS

For those yang tak tahu pasal PCOS ini, boleh baca artikel kat bawah ni. Since saya pun pertama kali mendengar PCOS bila Dr yang bagitau melalui ujian darah. Sebelum kahwin saya tak ambil pusing pun penyakit-penyakit wanita atau sakit puan ni. Bila dah 6 bulan kahwin tapi still x pregnant, tambah pulak period jadi tunggang langgang (sebab berat badan bertambah ), saya decide jumpa Dr pakar. Sape-sape yang nak tau pasal PCOS ni, boleh baca artikel yang saya copy dari blog Dr Adilah ni.


PCOS

















1. PCOS adalah singkatan PolyCystic Ovarian Syndrome

2. Cyst ini sebenarnya merupakan kantung folikel berisi telur (dan air) yang tidak dapat membesar sepenuhnya untuk melalui ovulasi. Ia kekal di dalam ovari ie tidak pecah/diovulasi dan dinamakan cyst (iaitu berjenis follicular cyst)

3. Dari bulan ke bulan, bilangan cyst ini bertambah menjadi semakin banyak dan membentuk Polycystic Ovary (PCO) iaitu >12 folikel berhampiran permukaan ovari atau ovari bersaiz besar

4. Anda dikatakan mempunyai PCOS jika anda didapati mempunyai 2 daripada 3 kriteria berikut :
- gangguan ovulasi (sama ada jarang2 atau tiada langsung)
- ultrasound menunjukkan PCO (hanya 6-7% wanita dengan PCO didapati mempunyai PCOS)
- hiperandrogenism

5. Apa yang perlu anda tahu?
- jagalah pemakanan, senaman dan berat badan anda. Ini kerana anda lebih terdedah kepada penyakit Diabetes Mellitus Type 2, lebih2 lagi jika anda obes (BMI >30kgm2); berusia >40thn dan mempunyai ahli keluarga yang menghidap diabetes juga. Sebagai permulaan, buat matlamat menurunkan sebanyak 5% daripada berat badan anda kini.

- pesakit PCOS juga didapati berdengkur dan mempunyai gangguan pernafasan sewaktu tidur (sleep apnoea), ini boleh menyebabkan anda mudah letih pada siang harinya.

- memeriksa tekanan darah dan profil lipid/kolesterol

- jika anda mempunyai masalah haid (sedikit2 atau tiada selama beberapa bulan), ini mendedahkan anda kepada risiko endometrial hyperplasia dan endometrial cancer. Jika anda lewat didatangi haid (bukan disebabkan hamil), dapatkanlah pemeriksaan doktor
dahulu.

- terdapat rawatan ubatan untuk masalah jerawat dan berlebihan rerambut (eg misai) walaupun ia mengambil masa beberapa bulan

- sekiranya anda mengalami masalah kesuburan yang disebabkan anovulasi, rawatan semudah ubatan (hormon kesuburan) lazimnya akan diberikan disusuli dengan pemantauan TVS (transvaginal ulrasound). Jika ovulasi tidak berhasil secara ini, anda mungkin ingin memilih menjalani pembedahan laparoscopic ovarian drilling. Anda juga harus faham bahawa terdapat faktor2 masalah kesuburan yang lain, ini perlu diselidiki juga.

No comments:

Post a Comment