Sunday, September 30, 2012

CD1

Hari ni Day 1 period..tidaklah terlalu heavy.Pelik jugak selalunya Day 1 period sgtlah heavy. Anyway, sekarang dah leh teruskan treatment untuk conceive. Day 3 nanti saya akan ada appointment dengan dr. Doakan saya moga moga saya boleh conceive bulan ni..:)

Wednesday, September 5, 2012

Semangat..


Hari ni dah masuk 3 biji pil Diane saya makan. Bahagian ovari belah kanan masih terasa senak-senak skit. Doktor kata effect sebab kantung telur pecah terkena saluran darah. Hopefully dapat recover cepat bulan ni dan boleh terus buat treatment untuk conceive. Sejak makan pil Diane ni, saya agak kurang bersemangat nak buat ape2. Semuanya jadi malas tapi makan rajin lah pulak =). Diet masih belum start, hanya baru menetapkan misi tapi no action. Semangat..datanglah cepat...

Sunday, September 2, 2012

Misi BMI Ideal

Since bulan ni saya  rehat dari sebarang ubat-ubat untuk conceive, saya rasa bulan ni adalah waktu terbaik untuk turunkan berat badan. Seperti yang dimaklumkan, orang PCOS ni memang perlu jaga berat badan dan kena pastikan berat badan dalam kategori tip top untuk mudah conceive. Harapan saya bulan ni saya dapat turunkan atleast 5kg. Kalau rakan-rakan di luar sana ada tips diet untuk orang PCOS macam saya, jangan lupa bagitau saya k..=)


Diane pulak..

Sabtu lepas merupakan Day 5 saya. Kali ni period turun sendiri tanpa sebarang ubat. Alhamdulillah.. Selepas 3 bulan lebih after operation tu, ada jugak perubahan positif. Actually, saya sgt down bila period ni. Sebabnya cycle lepas saya dapat 2 kantung telur yang mempunyai saiz cantik. Masing-masing di ovari kanan dan kiri. Saya dan HB memang sangat teruja coz cycle nilah adalah yang terbaik pernah saya dapat sejak kahwin. Namun saya redha, bulan ni bukan rezeki saya. Saya dan HB sepakat untuk jumpa gynae hari Day 5 saya. Sekali lagi saya redha, bila gynae maklumkan saya saya kena makan pil perancang untuk bulan ni memandangkan kantung telur yang pecah terkena saluran darah. So, gynae saya suruh makan pil Diane bulan ni sebelum proceed dengan rawatan untuk conceive. Kata gynae saya, pil ini bukan sekadar pil perancang tapi elok untuk stabilkan hormon supaya senang conceive nanti.

Ni ada sedikit info mengenai pil Diane ni yang saya ambil dari blog ini http://my-khai.blogspot.com/2011/07/untuk-para-wanita.html



  • boleh menurunkan paras hormon androhen kerana ianya bersifat antiandrogenik.
  • boleh membantu normalkan kitaran haid kerana ia menggantikan hormon progestin yang kekurangan dalam badan. Hormon progestin perlu untuk melengkapkan pusingan haid walaupun tanpa pengeluaran telur.
  • mengurangkan risiko hyperplasia dan kanser endromenium rahim wanita yang ada PCOS.
  • boleh membantu mengurangkan jerawat, melicinkan kulit, menghaluskan kulit.
  • Tak sesuai diambil oleh orang yang ada darah tinggi.